Kalau kenang balik salah aku terhadap dia, ingin sahaja patah balik masa dan perbetulkan segala kilafku.
Namun, kalau kenang balik salah dia terhadap aku, cukuplah sekali itu. Tak sanggup aku nak hadapi lagi.

Kalau kenang balik salah aku terhadap dia, ingin sahaja patah balik masa dan perbetulkan segala kilafku.
Namun, kalau kenang balik salah dia terhadap aku, cukuplah sekali itu. Tak sanggup aku nak hadapi lagi.
Rindu paling menyakitkan adalah rindu pada orang yang telah tiada. Hilang tanpa ganti. Pulang kepada ilahi.
Setahun kau pergi, aku masih disini. Adakala terbenam diselut sesalan dan kerinduan. Dihantui bayangan khilaf diri. Yang menghambat dalam mimpi & kenangan.
Demi tuhan aku rindu. Segala nasihat & jenakamu. Suara yang sayup-sayup kedengaran. Menjadi echo yang tidak berkesudahan.
.............................................................
Kau pergi tanpa pesan
Hilang sekelip pandangan
Yang tinggal untukku dakap
Echo kenangan indah yang malap
Segumpal sesalan
Bagai duri melekat
Inginku mohon ampun
Namun sudah terlambat
Moga kau tenang disana
Berehat di tebing surgawi
Tiada lagi keluh dan lara
Tipu daya ceritera duniawi.
..............................................................
Hidup dalam ramai,
Mati itu sendiri,
Jika bukan kerana DAMAI,
Apa lagi yang aku cari.
Hidup itu bising,
Mati hanya sepi,
Hanyut segala runsing,
Tinggal TENANG dalam diri.
Berhenti mencari dan mula memahami,
Destinasi ada di sini,
Tesorok di dalam rahsia hati.