20130704

Berantakan: Bila Melayu Berniaga.

Melihat menara kemegahannya semakin tinggi menuju langit, namun batu-batu asasnya mulai hancur dikerkah jiwa yang cemburu, jiwa yang tidak senang, jiwa yang mahu mempersoal setiap cubit tindakan dan keputusan.

Ingin aku teriak kepadanya supaya lihat ke bawah ini, perbaiki dan perkukuhkan dinding-dinding menara. Namun suaraku bagai ditelan bumi, dibenam cebisan jiwaku yang sedikit iri dan kelam.

Dia masih nun di atas sana mengejar gemilang matahari. Aku masih di bawah ini mundar-mandir.

Doaku moga menara ini akan terus teguh meredah masa.. 
Doaku moga cemburuku lunyai jadi lumpur hitam yang menampal segala cela menara ini.
Doaku moga si Melayu ini mampu sampai ke puncak langit sebelum menaranya mula berantakan.