20230828

Echo

Kau pergi tanpa pesan

Hilang sekelip pandangan

Yang tinggal untukku dakap

Echo kenangan indah yang malap


Segumpal sesalan

Bagai duri melekat

Inginku mohon ampun

Namun sudah terlambat


Moga kau tenang disana

Berehat di tebing surgawi

Tiada lagi keluh dan lara

Tipu daya ceritera duniawi.


..............................................................

Maafkan aku abah
Moga berjumpa lagi di sana
Dari anakmu yang tidak pernah cerdik.
Jumaat, 25.08.2023. 
Al-Fatihah.