20110820

Pesan sang Kenari

Wahai sang Merpati yang terbang di awangan. Berhentilah sebentar dari mengejar mimpi dan warna pelangi. Dengarkan pesan sang Kenari di balik awan. Tenangkan dirimu dari mabuk mencari. Obsesi membuatmu tertawan, namun destinasi hanya secebis ilusi. 

Namun jika ingin terbang, terbanglah mengikut arah sendiri. Tidak kiralah sekadar menikmati suria pagi atau mahu membelah langit yang tinggi. Kawan-kawanmu akan sentiasa terbang di sisi, maka jangan usir mereka pergi. 

Dan aku, sang Kenari yang sentiasa di sini. Memerhatikanmu dengan sepenuh hati. Jika kau lelah, singgahlah ke mari. Biarku belai dirimu Merpati, tanpa prajudis, tanpa rasa benci. Hanya tulus kasih yang sejati.

7 comments:

  1. Merpati itu mungkin menyedari kamu di sini.
    pasti ia akan tenang dengan kamu di sisi.

    ReplyDelete
  2. kamu tahu, jika aku merpati aku lebih suka memilih hidup terkurung di dalam sangkar. kerana, aku takut dengan sayap sendiri. boleh terbang bermakna aku menambah satu jalan membinasakan diri sendiri.

    Ya, si penakut.

    ReplyDelete
  3. Kenanga Suchi: Kenanga, hamba hanya pelipur-lara. Namun pesanmu akan kusampaikan pada sang Kenari :)


    Dayya: Hamba lebih suka menjadi merpati yang bebas. Jika hidup, hidup dengan tabah, jika mati, mati dengan berani..

    Namun jika sangkarnya seluas semesta, itu pun boleh juga.. huhu

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya dinda bangga menjadi merpati putih itu... tenang sekali didakapan sang kenari... tq.

    ReplyDelete
  5. nasib baek aku burung bangau.... tak leh terbang sama

    ReplyDelete
  6. aku pun... sbb aku burung pungguk... kerja aku tunggu bulan je

    ReplyDelete

Komen Sahabat