20160811

Hakim Cap Ayam

Ramai dari kita semasa sekolah tak nak belajar sungguh-sungguh sampai jadi hakim. Bila besar, sibuk pula nak jadi hakim dalam media sosial. Tugas kita bukan menghakimi, tetapi menasihati. Nasihat pun perlu dengan hikmah, bukan dengan memperli & tomah.

       

20160810

Tahu, Percaya & Faham

Bila dah dengar kau tahu, bila dah lihat kau percaya, bila dah buat kau faham. 

Menafikan setelah kau tahu menjadi penipuan, menafikan setelah kau percaya menjadi pembelotan, menafikan setelah kau faham menjadi kemunafikan.

PS: Kecualilah jikalau apa yang kau tahu, percaya dan faham itu adalah satu kepalsuan. Itu masuk bab lain.

20160809

Go

Bila pendita cepat melatah, mengeluarkan fatwa sepantas kilatan Pikachu.

Sebab itulah generasi baru semakin jauh. Dipandang pendita nyanyuk dan bodoh. Apa pendita lupa, sebelum haram adanya makhruh?
      
Bila ilmu menutup hikmah, seperti anai memakan rumah. Isu yang kecil dia mengaum atas bukit, isu besar dia menikus belakang dapur.
     

20160808

Intonasi

Suara yang lembut mampu membelai jiwa, andaipun ia suatu arahan. Suara yang keras membuat hati panas andaipun ia suatu pujukan. 

Intonasi adalah kunci permainan psikologi. Jangan abaikan dalam komunikasi.

20160804

Kisah di LRT

Lama menunggu, duduk atas bangku. Bagai disapa kelembai, keras macam batu. Harga tiket naik, servis masih macam tu.

Tuhan, berikan golongan marhaen ini kesabaran...