20110820

Loya Tekak

Ramadhan berbaki 10 hari,
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mula terdengar di sana sini.

Aku juga membalas ucapan,
Bukan kerana tidak sabar meninggalkan Ramadhan,
Cuma akur dengan adat dan kebiasaan,
Semarak keluarga, sahabat dan kawan.

Kemudian suara-suara sumbang mula menyemak, menyindir dengan nada yang bongkak. Mereka berkata...
"Puasa yang mulia dan seribu barokah belum habis, engkau sudah mula gila mahu beraya!?"
Jawabku..
"Wahai 'ahli syurga', tak perlu engkau menilai aku dari akal sempitmu. Puasaku dan rayaku adalah ibadat, maka aku simpan ia dalam peti rahsia. Namun ucapan hari raya adalah adat, maka aku suka mengembirakan mereka. Nyah engkau dari aku, egomu meloyakan tekakku."

3 comments:

  1. Ahli syurga, seharusnya mereka lebih ahli. Tapi hampa. haih.

    ReplyDelete
  2. moga nanti rentak mereka dan kita seiring dengan alunan kehambaan.. :)

    ReplyDelete

Komen Sahabat