20181221

KONFLIK DALAMAN SI DEPRESSI

Jika nyawanya ibarat lampu,
Dengan switch di dinding batu,
Pasti jarinya bermain di situ,
Bersedia tekan OFF tanpa ragu.

Tapi dia berhenti,
Tekadnya goyah lantaran teringat,
Bahawa ibu bapanya pasti akan bersedih,
Jika lampu itu padam.

20180923

Soal Hati

Hati yang kelu,
Kelu yang pilu,
Pilu yang perlu.

Persoalannya "perlu" untuk apa?

Masih mencari jawapan...
         

20180915

MELODI DEPRESI

Kehidupan umpama sebuah movie,
Berputar dengan durasi tak pasti.

Mungkin lagi puluhan tahun ia tamat.
Namun mungkin juga sedetik ini terhenti.

Aku mulai bosan menghadapi pelbagai watak didalamnya.

Aku mulai jemu dengan plot-plot yang disusun atur.

Aku mulai sesak dengan radiasi pancaran skrin cinema tanpa henti.

Pedih mata. Bingit telinga. Bila akan berakhir?

Mata ku cuba katup rapat, 
Telinga ku cuba tutup erat, 
Dengan hati berharap, 
Moga movie ini segera tamat.
   

20180613

Pengorbanan Sekujur Patung Artifak

Kau lupa janji, kau injak kasih suci, kau kerat ikatan yang bersimpul mati.

Seribu pengorbanan, seribu taruhan, seribu pelukan, seribu ciuman, kini kau anggap sekadar tiupan bayu yang tidak memberi apa-apa signifikasi.

Kau berpaut kepada dahan hidup yang baru, kononnya menjanjikan kegembiraan buat engkau. Aku di sini bagaikan patung artifak terbiar dimakan anai-anai tanda tanya, terpukul dengan pengkhianatan maha kejam. 

Kaki ku terperosok di dalam tanah, dengan tubuh terikat dengan akar-akar depressi, dengan dua mata yang sering berlinangan, dengan hati yang tidak putus-putus memainkan rakaman memori indah kita.

Namun aku harus akur. Aku bukan lagi permata di dalam kamar hati kau. Aku hanya butiran debu jalanan yang kau pandang tidak berharga. Kini jawatan tinggimu menjadi Sapphire, rakan-rakan barumu menjadi Tanzanite, kekasih 'tomboy' mu menjadi Amethyst, dan perhatian yang diberi oleh CEO mu menjadi ketulan berlian menghiburkan hati kau yang dambakan hidup eksklusif.

Walau sejuta pujukan aku alunkan, walau sekolam air mata aku sembahkan, walau seluruh egoku aku campak di tempat paling hina, tidak mampu menembus keegoan kasta brahma hati & mindamu. 

Tak apa. Aku akur dengan permintaan kau. Walaupun berat, walaupun tidak rela, aku lepaskan kau tanpa syarat. Biar aku menjadi lilin, membakar jiwaku untuk menerangi kau. Anggaplah ini pengorbanan maha besar terakhir aku untukmu. Aku lepaskan kau dari ikatan agung bersaksi sang hakim di mahkamah shariah hening itu. 

Aku doakan kau gembira dengan pilihan kau. Hiduplah dengan lestari, jangan sia-siakan pengorbanan aku, sekujur patung artifak yang pernah kau panggil suami...