20160921

Cinta Hampa

A suka B, tapi B pula suka C.

KAMU suka DUIT, tapi DUIT pula suka HABIS.

Cinta bertepuk sebelah tangan.

20160811

Hakim Cap Ayam

Ramai dari kita semasa sekolah tak nak belajar sungguh-sungguh sampai jadi hakim. Bila besar, sibuk pula nak jadi hakim dalam media sosial. Tugas kita bukan menghakimi, tetapi menasihati. Nasihat pun perlu dengan hikmah, bukan dengan memperli & tomah.

       

20160810

Tahu, Percaya & Faham

Bila dah dengar kau tahu, bila dah lihat kau percaya, bila dah buat kau faham. 

Menafikan setelah kau tahu menjadi penipuan, menafikan setelah kau percaya menjadi pembelotan, menafikan setelah kau faham menjadi kemunafikan.

PS: Kecualilah jikalau apa yang kau tahu, percaya dan faham itu adalah satu kepalsuan. Itu masuk bab lain.

20160809

Go

Bila pendita cepat melatah, mengeluarkan fatwa sepantas kilatan Pikachu.

Sebab itulah generasi baru semakin jauh. Dipandang pendita nyanyuk dan bodoh. Apa pendita lupa, sebelum haram adanya makhruh?
      
Bila ilmu menutup hikmah, seperti anai memakan rumah. Isu yang kecil dia mengaum atas bukit, isu besar dia menikus belakang dapur.
     

20160808

Intonasi

Suara yang lembut mampu membelai jiwa, andaipun ia suatu arahan. Suara yang keras membuat hati panas andaipun ia suatu pujukan. 

Intonasi adalah kunci permainan psikologi. Jangan abaikan dalam komunikasi.

20160804

Kisah di LRT

Lama menunggu, duduk atas bangku. Bagai disapa kelembai, keras macam batu. Harga tiket naik, servis masih macam tu.

Tuhan, berikan golongan marhaen ini kesabaran...
       

20130704

Berantakan: Bila Melayu Berniaga.

Melihat menara kemegahannya semakin tinggi menuju langit, namun batu-batu asasnya mulai hancur dikerkah jiwa yang cemburu, jiwa yang tidak senang, jiwa yang mahu mempersoal setiap cubit tindakan dan keputusan.

Ingin aku teriak kepadanya supaya lihat ke bawah ini, perbaiki dan perkukuhkan dinding-dinding menara. Namun suaraku bagai ditelan bumi, dibenam cebisan jiwaku yang sedikit iri dan kelam.

Dia masih nun di atas sana mengejar gemilang matahari. Aku masih di bawah ini mundar-mandir.

Doaku moga menara ini akan terus teguh meredah masa.. 
Doaku moga cemburuku lunyai jadi lumpur hitam yang menampal segala cela menara ini.
Doaku moga si Melayu ini mampu sampai ke puncak langit sebelum menaranya mula berantakan.

20130623

Jerebu

Jerebu,
Topik semasa mukabuku,
Kalah topik otak biru,
Kalah topik akidah keliru,
Kalah topik poket tinggal debu.

Lelah dada mata kelabu,
Tiada daya aku,
Ego membukam dalam jerebu.

20130610

Mantra

Fikir positif, tutur positif, emosi positif, tindakan positif.

Mantra seorang businessman.

20130409

Convert

Andai dia menceritakan hal yang sebenar, pasti akan runtuh seluruh langit dan bumi kehidupannya. Dia hanya mampu berdiam dalam lubuk hati spiritual yang semakin reput dimakan anai-anai intelektualnya.

20130211

Oppa Oppa Oppa

Bila sang harimau mengaum tak kena tempat..
Datuk pelanduk tertunduk malu..

"Are you ready for psy??..." ngaum harimau berkali-kali..

Datuk pelanduk mengeleleng lagi..

Aduhai..

20130121

Bagai Sudah Berada Dalam Genggaman.

So high, I just may never come down..
I'm so high, I just may never come down..
I'm so high, I just may never come down...

*Spinning In Daffodils.

Moga kali ini tiada lagi kejatuhan seperti semalam. Amin.

20130117

Listen.. Listen.. Listen..

Satu persidangan haiwaniah telah diadakan di sebuah lokasi terpencil tanahair. Persidangan yang dipengerusikan oleh Si Kucing Parsi berjalan dengan suasana aman dan tenteram. Hadirin yang terdiri dari kumpulan gajah, tapir, semut merah, ikan jerung dan lain-lain memberi komitmen pada persidangan tersebut. Kemudian masuklah sesi soal-jawab.

Seekor tupai mengangkat tangan untuk menyoal.

Si Tupai Pandan:
Saya ingin mempersoalkan kenapa kerajaan kita tidak mahu bagi subsidi untuk kami belajar secara percuma? Kami tak mampu nak berdikari. Kami lemah. Kami suka benda-benda free. Kami tidak suka berusaha sendiri. Kami nak semuanya free! Dari datuk nenek kami, mak bapak kami, dan hingga generasi kami, semua mahukan yang subsidi dan free! Kami bukan jenis haiwaniah dari Tanah Besar China atau Jepun yang bergantung kepada diri sendiri dan memajukan ekonomi keluarga dengan berbisnes! Jangan tanggung mereka yang dapat markah cemerlang sahaja! Kami yang malas belajar dan suka berpolitik ini pun mahu ditanggung sedemikian juga! Dan kami...

Tersentak pengerusi Si Kucing Parsi dengan kenyataaan yang dikeluarkan oleh tupai. Kotak fikirannya sedikit beku untuk membalas hujah Sang Tupai yang panjang lebar.

"Sebelum sang Tupai bercakap lebih lama, baik aku mencelah" fikir sang Kucing Parsi.

Si Kucing Parsi: Listen..Listen..Listen… Listen to Me ! Let Me Speak ..

Si Tupai Pandan: dan saya.. (mikrofon sang tupai dirampas sang kucing)

Si Kucing Parsi: Listen.. Listen.. Listen.. Listen.. Listen.. Listen. Listen.. Listen.. Listen. Listen.. Listen.. Listen. Listen.. Listen.. Listen. Listen.. Listen.. Listen.

Si Tupai Pandan: er..

Si Kucing Parsi: Let Me Speak ..Let Me Speak ..Let Me Speak ..Let Me Speak ..

Si Tupai Pandan: er..

Si Kucing Parsi: You ingat haiwaniah sahaja ada masalah? Manusia pun ada masalah, tukang gunting ada masalah, penjual cendol ada masalah, pemandu F1 ada masalah, menteri pun ada masalah, semua ada masalah.. (mulai merapu).

Anak-anak jerung yang melihat dari jauh tersenyum sambil merakam.

"Lepas ni masuk You-tube, post kat Facebook, buat parody.. Konfem meletup! haha"

Manusia yang meninjau dari jauh berbisik sesama sendiri "Haiwaniah.. walau macamanapun bijak, tetap haiwaniah juga..". Mereka kemudian meneruskan kehidupan masing-masing dan meninggalkan masalah-masalah haiwaniah tersebut kepada golongan haiwaniah untuk selesaikannya sendiri.

20130113

Berani Bertindak.

Sekarang bukan masa untuk teori lagi. Bukan masa untuk mengkaji.

Sekarang masa untuk bertindak sekuat daya semampu diri. Sekarang! Sekarang!

20121221

Jangan Salahkan Pisau.

Pak syeikh berkata:
"Facebook agenda yahudi,
Bala akhir zaman, perosak insani.."

Er.. Syeikh...Maaf mencelah.
Jika seseorang membunuh menggunakan pisau, adakah itu salah pisau??
Maka pisau itu mahu dibicarakan? Dipenjara dan dihukum gantung?

Kita lapah daging korban pun guna pisau, syeikh..
Kita potong bawang buat kenduri doa selamat pun pakai pisau, syeikh..
Kita berkhatan zaman berzaman pun pakai pisau, syeikh..

Jangan salahkan pisau.. Bukan salah pisau ya syeikh.

20121219

Kena Gamble..

Berlari menuju destinasi yang tidak nampak nun jauh di ufuk, seakan infiniti. Adakah ia dipanggil KEBIJAKSANAAN atau KETOLOLAN?

Namun yang pasti, ia suatu KEYAKINAN. Keyakinan yang akan membuahkan kebahagian atau mungkin juga membuahkan penyesalan.

Bak kata orang, hidup ini suatu perjudian. Kena gamble..

20121218

Kisah dari Sang Debu.

Pak tua itu berkata:

Aku hanya debu kehidupan, secebis kecil partikel dari selembar sejarah insan. Tiada apa yang kau boleh ambil dari aku. Dan tiada apa yang mampu aku tinggalkan buat engkau.

Dahulu akulah tuhan, berjalan menujah langit dan menghentak bumi. Yang lain hanya semut-semut hitam yang tidak berguna.Yang bisa lumat dipijak dan dihentak.

Kini aku tahu dahulu aku mabuk akal dan budi. Dipermainkan lullaby lorong-lorong hitam, diperkudakan ego sendiri, dikotak-katik gelodak testosteron..

Pak tua itu berhenti dari berkata-kata. Hanya memandang langit yang padanya terasa semakin jauh. Jauh yang tidak mampu dikejari, dengan kudrat sesenja ini.

20121217

Utopia Negara Ini

Parti biru dan hijau bersatu?
Mungkin suatu idea yang ideal,
Namun persis idea-idea ideal yang lain,
Dikategori sebagai utopia,
Berkelompok dalam fail kemustahilan.

Mahu juga melihat keajaiban,
Namun sudah lama berhenti mengharap.

20121214

Gajah dan Harimau

Gajah Siam merembat,
Harimau Malaya tergeliat,
Lee Ming Yu guna mandat,
Layang kad merah tanpa siasat,
Penyokong pak belang terkulat-kulat,
Hingga keakhir menjadi pengat.

Tersejat harapan bersama keringat dan penat,
Telan perlahan realiti kelat di wisel penamat.

Namun jangan hilang semangat,
Kalah dan menang itulah adat.

20121212

Hancing

Hancing,
Asyik kena kencing,
Telinga menadah mulut terkancing.

Hancing,
Politik tidak pernah wangi.